Wednesday 22 February 2012

KELAB SEPAK TAKRAW


JAWATANKUASA KECIL KELAB SEPAK TAKRAW

PENGERUSI  
OSMAN BIN SULAIMAN 



SETIAUSAHA
 NORHAIZAH BINTI KAMORUDIN

AJK
 ABDUL KARIM BIN MOHAMAD RAWI
 KHAIRUL ANUAR BIN CHE ROS
 CHANDRA KUMAR A/L NARAYANAN
 AZMAN BIN HAMID



KELAB BOLA SEPAK/FUTSAL

JAWATANKUASA KECIL KELAB BOLA SEPAK/FUTSAL

PENGERUSI  
ABDUL SAMAD BIN ARJUN


SETIAUSAHA
NORHAIZAH BINTI KAMORUDIN

 AJK
 OSMAN BIN SULAIMAN
 ABDUL KARIM BIN MOHAMAD RAWI
 KHAIRUL ANUAR BIN CHE ROS
 CHANDRA KUMAR A/L NARAYANAN
 AZMAN BIN HAMID




KELAB REKREASI/MEMANCING


JAWATANKUASA KECIL KELAB REKREASI/MEMANCING

PENGERUSI  
AZILAN BIN ASAARANI 



SETIAUSAHA
 SITI KHADIJAH BINTI KASMONGIN 

AJK
 MOHD HASMI BIN AZIZAM
 MUZRI BIN SALLEH
 UBAIDILLAH BIN SAHRONI
FAIZAL BIN AZAMI
MOHD FAIZUL SAZLY BIN ZULKIFLY 





KELAB SUKAN DEWAN


JAWATANKUASA KECIL KELAB SUKAN DEWAN
PENGERUSI  
ZAINUDDIN BIN MARZUKI 



   SETIAUSAHA
NORHAIZAH BINTI KAMORUDIN

AJK
KARUNANETHI
SUKAIMI
 CHANDRA KUMAR
 MOHD ANUAR BIN AJMAIN
RAJA ROSNAH BINTI
THERESA A/L ALEXANDER 



KELAB KEBAJIKAN


JAWATANKUASA KECIL KELAB KEBAJIKAN
PENGERUSI 
SHAFIZ SHAM BIN MD. NOR



SETIAUSAHA
SUMAIYAH BINTI HASSAN BASRI
AJK
 IDRIS BIN SHAHBUDDIN
 KHAIRIE BIN SHAFIE
                                                             SINNIAH A/L APPIASAMY 

KELAB WANITA


JAWATANKUASA KECIL KELAB WANITA
PENGERUSI  
HJH. ROSMAH BINTI HJ. ABD. RAHMAN


SETIAUSAHA
NORHAIZAH BINTI KAMORUDIN

AJK
NORAZAH BINTI MOHD ALI
SALBIAH BINTI SHAARI
 HALIJAH BINTI NAWAWI
HABIBAH BINTI JAMIL
THERESA A/L ALEXANDER 





PERLEMBAGAAN



PERLEMBAGAAN
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KERJA RAYA
HILIR PERAK, TELUK INTAN


Kelab ini dikenali dengan nama, KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KERJA RAYA HILIR PERAK, TELUK INTAN.

2.         PEJABAT BERDAFTAR

Alamat berdaftar adalah di Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya, Hilir Perak, 36000 Teluk Intan atau di lain tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh Jawatankuasa Kerja. Alamat berdaftar kelab tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

3.         LAMBANG

1.    Berbentuk Bulat
2.    Lima rangkaian bulatan melambangkan perpaduan sukan
3.    Obor melambangkan semangat kesukanan dan keharmonian
4.    Lambang bangunan dan perkataan huruf JKR merupakan Jabatan Kerja Raya
5.    Warna kuning dan hitam adalah warna rasmi jabatan
6.    Bunga padi melambangkan kejayaan

4.         TAARIF

            Di dalam peraturan-peraturan ini :-

a)    ‘KELAB’

KELAB ertinya ialah Kelab Sukan Dan Kebajikan Kerja Raya Daerah Hilir Perak.


                                                                                                                                                     64                                                                                                                          
b)   JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA KERJA ertinya ialah Jawatankuasa Kerja Kelab Sukan Dan Kebajikan Kerja Raya Daerah Hilir Perak.

c)    JAWATANKUASA KECIL

JAWATANKUASA KECIL ertinya ialah Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Jawatankuasa untuk menjalankan aktiviti-aktiviti Kelab dalam Mesyuarat Jawatankuasa.
           
d)   AHLI

AHLI ertinya Pegawai dan Kakitangan Jawatankuasa Jabatan Kerja Raya Daerah Hilir Perak.

e)    UNDANG-UNDANG KECIL

UNDANG-UNDANG KECIL ertinya ialah peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kelab untuk ahli-ahlinya.

5.         TUJUAN-TUJUAN KELAB

            Tujuan-tujuan Kelab ialah:-

a)    Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk memberi peluang kepada semua ahli-ahli bagi memajukan kebolehan-kebolehan mereka di dalam bidang sukan, kebudayaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

b)    Meningkatkan semangat kerjasama dan semangat berkumpulan diantara kakitangan dan menyemaikan perasaan persatuan.

c)    Merapatkan lagi tali persahabatan dan menyemai benih perpaduan dengan sikap tolenrasi, hormat menghormati di dalam pergaulan sesama ahli dan mengikis sikap kepentingan diri sendiri.

d)    Menganjurkan kejohanan tahunan di dalam pelbagai jenis permainan dan sukan dan juga mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Gabungan Kelab Sukan Kebajikan Kerja Raya Perak, Majlis Sukan JKR Malaysia, Majlis Kebajikan dan sukan Anggota-Anggota dan lain-lain pertubuhan yang sah dimana kelab ini bergabung atau menjadi ahli.




      65
e)    Untuk menganjur atau menyertai lawatan-lawatan, kursus-kursus, perjumpaan-perjumpaan serta rombongan dan perlancongan di dalam dan di luar Malaysia sebagai suatu cara meluaskan pengetahuan am.

f)     Untuk menabur dan urus niaga wang tabung Kelab dalam bentuk dan cara yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja dari masa ke semasa dengan sama wang dan keuntungan yang didapati oleh Kelab ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Kelab ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan, atau bonus kepada sebarang ahli Kelab. Sungguhpun begitu peruntukkan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Kelab ini.

g)    Berusaha untuk menambahkan tabung kewangan Kelab dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan hasil yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja dari masa ke semasa dan tidak bertentangan dengan undang-undang.

h)   Mengutip derma daripada ahli-ahli serta orang awam untuk tujuan Pertubuhan dengan persetujuan mesyuarat agung serta tertakluk kepada kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak-pihak berkuasa tertentu diperolehi terlebih dahulu.

i)     Menyewakan aset atau barang-barang, peralatan sukan, papan tanda atau perabut jalan Kelab Sukan kepada ahli-ahli serta orang awam untuk tujuan Pertubuhan dengan persetujuan mesyuarat Agung serta tertakluk kepada kebenaran daripada Pendaftaran Pertubuhan dan pihak-pihak berkuasa tertentu diperolehi terlebih dahulu.

j)      Memohon dan memiliki tanah dan lain-lain harta untuk tujuan Pertubuhan dengan syarat persetujuan mesyuarat agung serta tertakluk kepada kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa tertentu diperolehi terlebih dahulu.

6.            KEAHLIAN

a)    Keahlian adalah terbuka kepada semua pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya yang bertugas di Daerah Hilir Perak.

b)    Tiap-tiap ahli berhak menikmati atau mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab.

      66
7.            YURAN

a)    Ahli adalah diwajibkan membayar yuran seperti berikut :-

Kumpulan Sokongan II (Gred 1 hingga 16)        -           RM5.00 sebulan

Kumpulan Sokongan I (Gred 17 hingga 38)      -           RM10.00 sebulan

Kumpulan Pengurusan (Gred 40 hingga 52)    -           RM15.00 sebulan

b)    Mana-mana ahli yang gagal menjelaskan yuran bulanannya bagi tempoh tiga bulan berturut-turut boleh diminta oleh Jawatankuasa Kerja memberi penjelasan secara bertulis atas kegagalannya membayar yuran tersebut.

c)    Jawatankuasa berhak melucutkan keahliannya sekiranya penjelasan yang dikemukakan itu didapati tidak munasabah.

d)    Ahli-ahli hendaklah menjelaskan yuran bulanannya kepada Bendahari Kehormat di dalam masa lima (5) hari dari awal tiap-tiap bulan.

e)    Bayaran yuran bulanan boleh dibuat secara membayar sendiri atau melalui potongan gaji.

8.            PENGURUSAN KELAB

a)    Pengurusan hal ehwal Kelab hendaklah terletak kepada Jawatankuasa Kerja Kelab yang terdiri daripada:-

i)     Pengerusi, yang mana beliau adalah Jurutera Daerah bagi Kelab Sukan dan Kebajikan Kerja Raya Hilir Perak dengan Persetujuannya.

ii)    Naib Pengerusi, yang mana beliau adalah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab.

iii)   Setiausaha Kehormat, yang mana beliau adalah dilantik oleh Pengerusi.

iv)   Bendahari Kehormat, yang mana beliau adalah dilantik oleh Pengerusi.

v)    Dua belas (12) orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang mana mereka adalah dipilih dalam mesyuarat Agung Dua (2) tahun sekali.

vi)   Dua (2) orang Pemeriksa Kira-kira.


      67
b)    Setiausaha Kehormat akan melantik seorang Penolong Setiausaha Kehormat yang akan bertugas membantu Setiausaha Kehormat.

c)    Bendahari Kehormat akan melantik seorang Penolong Bendahari Kehormat yang akan bertugas membantu Bendahari Kehormat.

d)    Semua Ahli Jawatankuasa Kerja, samada dipilih atau dilantik akan memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung yang berikutnya.

e)    Semua Ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah terdiri daripada Ahli Kelab.

f)     Mana-mana Ahli Jawatankuasa Kerja boleh memohon untuk mengosongkan jawatannya secara bertulis dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja.

g)    Jawatankuasa Kerja boleh melantik Jawatankuasa Kecil untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Kelab.

h)   Mana-mana Pengerusi Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja tiada berhak mengundi, sekiranya beliau bukan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Kelab.

i)     Pemegang-pemegang jawatan Kelab ini dan tiap-tiap Pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam Kelab ini hendaklah Warganegara Malaysia.

j)      Nama-nama untuk jawatan-jawatan di 8(a)(ii),(v) dan (vi), hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai-pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.


9.            TUGAS-TUGAS PEGAWAI KELAB

a)    PENGERUSI

i)     Memimpin Kelab ini kearah pencapaian tujuan-tujuan.

ii)    Mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat itu.



      68
iii)   Pengerusi mempunyai undi pemutus dan ia hendaklah menandatangani semua minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan.

iv)   Menandatangani semua cek-cek Kelab bersama-sama Bendahari Kehormat.

v)    Mempunyai kuasa untuk melantik Tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa jika perlu.

b)   NAIB PENGERUSI

Naib Pengerusi hendaklah memangku Jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

c)    SETIAUSAHA KEHORMAT

Setiausaha Kehormat hendaklah :-

i)     Mengatur semua Mesyuarat Agung dan Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

ii)    Mencatit dan menyimpan semua minit-minit Mesyuarat-Mesyuarat Agung dan Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

iii)   Menjalankan urusan surat menyurat dan menandatangani surat-surat dan semua dokumen bagi pihak Kelab apabila diberi kuasa oleh Jawatankuasa Kerja.

iv)   Menyimpan buku-buku daftar semua ahli-ahli Kelab.

v)    Menyimpan senarai butiran harta benda Kelab.

vi)   Menyediakan lapuran tahunan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Kelab.

vii) Menjalankan tugas-tugas yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan ini.

d)   PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT

Membantu Setiausaha Kehormat dalam menjalankan tugas-tugasnya dan memangku jawatan tersebut semasa ketiadaan beliau.




                                                                                                                                                      69
e)    BENDAHARI KEHORMAT

i)     Menyimpan buku-buku akaun yang lengkap dan mengemukakannya kepada Juru-Juru Audit Kehormat pada penutup tiap-tiap tahun kewangan.

ii)    Mengemukakan penyata akuan di tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

iii)   Menyedia dan mengemukakan Penyata Akaun-akaun Tahunan pada penutup kira-kira tahun kewangan Jawatankuasa Kerja Kelab.

iv)   Menandatangani semua cek-cek Kelab bersama-sama dengan Pengerusi atau Naib Pengerusi.

v)    Bertanggungjawab pada amnya ke atas Pentadbiran Kewangan Kelab.

f)     PENOLONG BENDAHARI KEHORMAT

Membantu Bendahari Kehormat dalam menjalankan tugas-tugasnya dan memangku Jawatan tersebut semasa ketiadaan beliau.

g)   AHLI JAWATANKUASA KERJA

  Menghadiri semua Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa Kelab.

10.         MESYUARAT JAWATANKUASA

i)     Jawatankuasa Kerja Kelab hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun.

ii)    Notis Mesyuarat Jawatankuasa Kerja hendaklah dihantar kepada ahli-ahli Jawatankuasa Kerja sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat tersebut.

iii)   Pada sesuatu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, setengah jumlah orang ahli Jawatankuasa Kerja Kelab yang hadir hendaklah dikira sebagai satu korum.

iv)   Sekiranya pada suatu Mesyuarat yang telah ditentukan tarikhnya didapati ahli-ahli yang hadir tidak cukup untuk membentuk satu korum maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh lain tidak lewat dari tempoh dua minggu. Jika pada mesyuarat yang kedua jumlah ahli tidak


                 70
juga mencukupi suatu korum maka ahli-ahli yang hadir hendaklah menunggu selama setengah jam lagi sebelum mereka menjalankan mesyuarat.
     
v)    Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan Jawatan di dalam Jawatankuasa.

11.         MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

i)     Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Hendaklah diadakan tidak lewat daripada bulan Mac tiap-tiap tahun atas tujuan-tujuan berikut:-

a)    Mengesahkan minit-minit Mesyuarat Agung Tahunan dan apa-apa Mesyuarat Agung yang lain telah diadakan pada tahun yang lalu.

b)    Menerima dan jika dipersetujui meluluskan akaun-akaun bagi tahun yang terdahulu yang berakhir 31 Disember dan menerima lapuran dari Jawatankuasa Kerja mengenai urusan-urusan Kelab yang mana lapuran itu hendaklah mengandungi suatu anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun semasa.

c)    Memilih Naib Pengerusi, Ahli Jawatankuasa Kerja Biasa dan Pemeriksa Kira-Kira Dua (2) tahun sekali.

d)    Menjalankan apa-apa urusan yang telah disampaikan secara bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelumnya kepada Setiausaha Kehormat.

12.         KORUM DAN PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

i)     Korum Mesyuarat Agung Tahunan ialah setengah daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa Kerja mana yang kurang.

ii)    Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Kelab dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli-ahli.



      71
13.         MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA

i)     Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi Kelab ini boleh diadakan :-

a)    Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kerja atau

b)    Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis tidak kurang daripada 1/5 daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

ii)    Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

iii)   Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat

iv)   Fasal (i) dan (ii) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

14.       NOTIS MESYUARAT

Notis mengenai tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa hendak dibincangkan, hendaklah dihantar kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa Kerja Kelab sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh mesyuarat itu diadakan. Dalam hal Mesyuarat Agung Tahunan pula satu salinan mengandungi Penyata Akaun-Akaun yang telah diaudit yang dibuat hingga 31 Disember tahun yang terdahulu hendaklah dimasukkan bersama-sama dengan notis memanggil Mesyuarat Agung Tahunan.

Sesuatu usul atau ketetapan tidak boleh dikemukakan kepada sesuatu Mesyuarat Agung Tahunan melainkan perkara-perkara mengenainya telah diberitahu secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat terlebih dahulu, tidak lewat daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat, dengan syarat bahawa mana-mana ahli-ahli boleh mengemukakan apa-apa perkara mengenai Kelab dalam Mesyuarat Agung Tahunan.



                                                                                                                                                      72
15.     PENGERUSI MESYUARAT

Pengerusi atau jika beliau tidak hadir, Naib Pengerusi hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa. Jika pada sesuatu mesyuarat, Pengerusi dan Naib Pengerusi tidak hadir dalam tempoh lima belas minit dalam tempoh yang ditetapkan untuk bermesyuarat, Jawatankuasa yang hadir hendaklah memilih salah seorang dari mereka itu untuk mempengerusikan mesyuarat.

16.     KUASA-KUASA

a)    Jawatankuasa Kerja Kelab adalah berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil bagi sesuatu maksud yang difikirkan perlu.

b)    Jawatankuasa Kecil hendaklah menggunakan Kuasa-kuasa yang diwakilkan kepada mereka tetapi hendaklah terus tertakluk kepada budi bicara dan Pengawal Jawatankuasa Kerja.

17.     KUMPULAN-KUMPULAN WANG

a)    Segala wang yang diterima oleh Kelab hendaklah disimpan atas nama Kelab di dalam Bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja dan semua pengeluaran wang dari akaun bank hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau Naib Pengerusi dan Bendahari Kehormat.

b)    Wang tunai yang lebih dari dua ratus ringgit (RM200.00) tidak boleh dipegang oleh Bendahari Kehormat sebagai wang runcit.

c)    Walaupun sesuatu peraturan-peraturan ini, Jawatankuasa Kerja Kelab tidak boleh melakukan perbelanjaan melebihi kumpulan-kumpulan yang Kelab yang ada, dengan tidak mendapat kelulusan terlebih dahulu di dalam Mesyuarat Jawatankuasa.

d)    Tahunan Kewangan Kelab ini bermula pada 1hb Januari tiap-tiap tahun.

e)    Tiap-tiap perbelanjaan untuk suatu aktiviti yang melebihi RM1000.00 hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja. Perbelanjaan yang kurang daripada RM1000.00 hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Bendahari Kehormat.




      73
18.     PEMERIKSA KIRA-KIRA KEHORMAT

i)     Dua orang yang bukannya Pegawai-pegawai Kelab boleh dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.

ii)    Pemeriksa-pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Kelab bagi setahun dan Lapuran atau Pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Pengerusi memeriksa kira-kira Kelab bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan-jawatan mereka dan membuat Lapuran kepada Jawatankuasa Kerja.

19.     PEMBUBARAN

i)     Kelab tidak boleh dibubarkan tanpa pengetahuan 2/3 daripada jumlah anggota Kelab yang diperolehi dalam sesuatu Mesyuarat Agung yang dipanggil Khas bagi maksud ini.

ii)    Jika Kelab dibubarkan sebagaimana yang disyorkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan yang dilakukan mengikut undang-undang bagi pihak Kelab hendaklah diselesaikan dan baki kumpulan itu hendaklah didermakan kepada badan kebajikan atau lain-lain pertubuhan yang sesuai.

iii)   Notis pembubaran tersebut hendaklah dihantar ke Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas pembubaran tersebut.

20.     PENGAMANAHAN

i)     Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik jika perlu di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Kelab. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap kepunyaan Kelab dengan menandatangani sesuatu surat amanah.

ii)    Pengamanah tidak menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta kepunyaan Kelab dengan tidak ada persetujuan dan Kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Kelab.

iii)   Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada Jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan Jawatan atau Pembuangan bagi dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru dilantik di dalam Mesyuarat Agung.

      74
21.     PINDAAN PERATURAN-PERATURAN

Sesuatu peraturan yang tercatat dalam Perlembagaan tidak boleh diubah, dibatalkan atau ditambah kecuali pada sesuatu Mesyuarat Agung dan tidak dikuatkuasakan tanpa kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. Sebarang pindaan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung hendaklah dihantarkan untuk Kelulusan Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari selepas Mesyuarat Agung.

22.     LARANGAN

i)     Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Kelab :-

-       Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Pej Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tein Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

ii)    Kelab atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harta barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti yang diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.

iii)   Kelab ini tidak boleh menjalankan Loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak atas nama Kelab atau Pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli tanpa Kelulusan Pihak Berkuasa berkenaan.

23.     TAKSIRAN UNDANG-UNDANG

i)     Di antara Mesyuarat-mesyuarat Agung Tahunan, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

ii)    Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan Dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung, Keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah Muktamad jika tidak diubah oleh Keputusan Mesyuarat Agung.






                                                                                                                                          75
SENARAI SUMBANGAN DAN PEMBERIAN CENDERAMATA KEPADA AHLI DAN SUMBANGAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ANAK AHLI KSKKR HILIR PERAK.

Sukacita dimaklumkan berkuatkuasa 01.01.2011, Kelab Sukan ini bersetuju untuk memberi sumbangan dan cenderamata kepada ahli-ahli dan sumbangan kecemerlangan pendidikan anak ahli dengan di antara syarat-syaratnya hendaklah menjadi ahli Kelab dan telah menjelaskan yuran keahlian.


1.    PERSARAAN

1.1.        Ahli yang bersara dan telah bertugas lebih enam (6) tahun akan diberi cenderahati bernilai RM200.00.
1.2.        Ahli yang telah bertugas kurang dari enam (6) tahun akan diberi cenderahati bernilai RM100.00

2.    PERTUKARAN

2.1       Ahli yang bertukar akan diberi cenderahati bernilai RM50.00.

3.    PERKAHWINAN

3.1       Ahli yang berkahwin akan diberi cenderahati bernilai RM200.00 sekali
            Sahaja kecuali suami/isteri meninggal dunia/musibah.

4.    BERSALIN

4.1       Ahli wanita yang bersalin akan diberi cenderahati bernilai RM70.00.

5.    SAKIT (Masuk Hospital)

5.1       Ahli yang sakit dan tinggal di hospital melebihi 3 hari, diberi cenderahati
            Bernilai RM30.00. Tambahan RM3.00 akan diberi setiap hari sehingga
maksimun 30 hari tinggal di hospital. Setahun dua (2) kali sahaja.

6.    MENINGGAL DUNIA

6.1       Sumbangan sebanyak RM150 akan diberi kepada ahli yang meninggal
dunia (akan diberi kepada suami/isteri atau waris terdekat).

            6.2       Sumbangan sebanyak RM50.00 akan diberi kepada isteri/suami ahli yang
                        yang meninggal dunia (untuk seorang isteri sahaja).



      76
7.  SUMBANGAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN


     7.1       UPSR                                     5 A                  -           RM 50.00
                                                                             4A                   -           RM 40.00


     7.2       PMR                                       8A Ke atas     -           RM 80.00
                                                                             7A                   -           RM 70.00
                                                                             6A                   -           RM 60.00


     7.3       SPM (Memperolehi Sijil)     9A Ke atas     -           RM 150.00
                                                                             8A                   -           RM 120.00
                                                                             7A                   -           RM 100.00
                                                                             6A                   -           RM 70.00


     7.4       STPM                                     5 Prinsipal     -           RM 200.00
                                                                             4 Prinsipal     -           RM 150.00
                                                                             3 Prinsipal     -           RM 120.00



SYARAT-SYARAT UNTUK MENERIMA SUMBANGAN

1.         Menjadi Ahli KSKKR Hilir Perak dan telah Membayar Yuran Keahlian
setiap bulan.

2.         Mengemukakan salinan Sijil sakit dari hospital (perkara 4 & 5).

3.         Mengemukakan salinan Sijil akuan kematian (perkara 6).

4.         Mengemukakan salinan Sijil Perkahwinan dan Peperiksaan
            (perkara 3 & 7).

5.         Pengesahan dari Pengerusi J/Kuasa Kecil Kebajikan (perkara 1 hingga 7)

6.         Diluluskan oleh Pengerusi KSKKR Hilir Perak.



BERKUATKUASA 1 JANUARI 2011